Nov 22, 2023 – Program persidangan ini merupakan persidangan yang julung kali diadakan dengan kerjasama Program Sains Islam dan Program Sains Sosial. Ia merupakan salah satu aktiviti fakulti yang menyasarkan pelajar pascasiswazah sebagai peserta untuk membentang kajian dan dalam masa yang sama dapat membantu pelajar memenuhi keperluan untuk bergraduasi bertemakan “Tradisi Keilmuan Pemangkin Kelestarian Peradaban Madani”. Persidangan ini telah disertai oleh peserta yang terdiri daripada pelajar USIM dan luar USIM sebagai langkah awal untuk menaikkan nama pusat atau universiti setanding dengan universiti-universiti lain yang lebih awal ditubuhkan. Seminar ini mendapat sambutan yang agak memuaskan walaupun dijalankan dengan julung kalinya.

Sesi penyampaian honorarium kepada para pembentang terbaik