ANNOUNCEMENT

ACTIVITIES

ACHIEVEMENTS

HIGHLIGHTS!

ISI NEWS

Program Siri Syarahan Sains Islam
Bil.1/2023

Mac 14, 2023 – Telah berlangsung Program Siri Syarahan Sains Islam Bil.1/2023 bertajuk Teknologi Nusantara dan Peranannya Membentuk Generasi akan Datang yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Mu’ati @ Zamri Ahmad bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Kuliah Sederhana 1.3, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM.

Majlis Apresiasi
Insitut Sains Islam (ISI)

Feb 15, 2023 – Majlis Apresiasi ini diadakan bersama mantan pengurusan ISI bertempat di Black Canyon, Aeon Nilai. Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan mantan staf ISI yang telah banyak bertungkus lumus menjayakan program serta aktiviti-aktiviti anjuran ISI selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan.

Kunjungan Hayrat Malaysia
ke Institut Sains Islam (ISI)

Jan 13, 2023 – ISI telah mengadakan perbincangan bersama pihak Hayrat Malaysia berkenaan cadangan Pusat Penyelidikan, Latihan dan MoU USIM & Hayrat Malaysia dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azman Hashim @ Ismail (Dekan ISI) bertempat di Bilik Mesyuarat ISI, Aras 6, Bangunan Tamhidi, USIM.

Program “Wonders of Human Body,
Tadabbur Quran dan Tafakkur Alam :
The Journey from Within”

Dis 3, 2022 – Institut Sains Islam (ISI) bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah menganjurkan program “Wonders of Human Body, Tadabbur Quran dan Tafakkur Alam : The Journey from Within” bermula pada jam 8 pagi hingga jam 8 malam bertrmpat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah Stesen Interaktif Perubatan dan Sains seperti Know your Heart, Brain Cap, dan Eye reflex dan lain-lain, lawatan ke Muzium Anatomi, Tadabbur al- Quran dan Tafakkur Alam.

Perbincangan Potensi Perkembangan
Penyelidikan Aplikasi Kod Jawi
berdasarkan MoU USIM dan INSTAQLIM

Dis 2, 2022 – Satu perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor dan dipengerusikan oleh Prof. Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), USIM.

Lawatan Delegasi Universitas Khairun,
Ternate, Indonesia ke
Institut Sains Islam (ISI)

Nov 14, 2022 – Pihak pengurusan Institut Sains Islam (ISI) telah menerima hasrat dari Universitas Khairun untuk bekerjasama seperti yang tertulis dalam draft LOI/MOA yang diterima pada hari tersebut.

Mesyuarat Panel Penasihat ISI
bersama Naib Canselor USIM

Mesyuarat ini pertama kali dijalankan setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Bil. 19/2022 yang bersidang pada 21 Jun 2022 untuk menubuhkan Panel Penasihat Institut Sains Islam (ISI) mengikut bidang kepakaran. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Sharifudin bin Md Shaarani, Naib Canselor USIM bertempat di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.