Nov 24, 2023 – Satu bengkel telah diadakan oleh Institut Sains Islam bersama Kolej Permata Insan yang telah melibatkan beberapa orang pelajar Kolej Permata Insan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk pemurnian buku ISI-KGI yang dijangka akan diterbitkan pada awal tahun 2024. Pihak ISI sangat menghargai jasa semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menderaf buku ini dari mula sehingga ke hari ini kerana memberikan kerjasama yang sangat baik. Adalah diharapkan agar kerjasama sebegini dapat diteruskan untuk projek penghasilan buku yang akan datang.