USIMakers merupakan gabungan dan integrasi program sedia ada di USIM yang disertai pelajar USIM berkeupayaan (melalui persatuan dan badan pelajar) bagi mempersiapkan mereka menghadapi gelombang Revolusi Industri ke-4 melalui jaringan industri dan program jangkauan masyarakat.
Objektif
- Untuk menggabungkan inisiatif yang dikenalpasti sebagai inisiatif Makers atau menyerupai Makers sebagai satu pusat sehenti yang dikenali sebagai USIMakers
- Untuk menyediakan ruang-ruang kepada pelajar meningka keupayaan dalam menghasilkan inovasi yang menyokong elemen pemangkin teknologi
- Untuk menghasilkan inovasi berasaskan translasi faham alam sebagai ayat Kawniyyat yang dituntut oleh Allah SWT untuk difahami manusia
- Untuk memperkasa pelajar USIM menjadi mentor kepada murid sekolah dan komuniti dalam Maker Movement
- Untuk menghasilkan pelajar yang berupaya menjana pendapatan melalui inovasi dan mewujudkan peluang pekerjaan (JobMaker) kepada komuniti.