Jun 13, 2023 – Perjumpaan Felo Bersekutu bersama Dekan ISI ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat ISI, Aras 6, Bangunan Tamhidi bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari. Intipati perjumpaan ini terisi dengan perancangan strategik dan hala tuju untuk memastikan pengurusan penyelidikan di Institut Sains Islam (ISI) berjalan dengan lancar dan lebih banyak hasil penyelidikan dapat dibuat. Selain itu, turut diadakan perbincangan mengenai cadangan program atau aktiviti yang akan dijalankan bersama Felo Bersekutu ISI seperti penerbitan, syarahan umum dalam bidang kepakaran, rakaman audio Podcast, seminar penyelidikan dan banyak lagi.

Pihak Institut Sains Islam (ISI) amat menghargai segala tenaga dan masa yang diperuntukkan oleh Felo Bersekutu untuk menghadiri perjumpaan ini.