Mei 26-28, 2023 – Bengkel Pelan Strategik dan Hala Tuju ISI 2023 telah diadakan pada 26-28 Mei 2023 bertempat di Century Pines Resort, Cameron Highlands. Ia adalah platform terbaik dalam penetapan kerangka Pelan Strategik dan Hala Tuju bagi membolehkan ISI dapat mencapai misi, visi dan objektif penubuhannya. Bengkel ini melibatkan kesemua staf Institut Sains Islam, USIM.

Terdapat beberapa objektif penganjuran Bengkel Pelan Strategik dan Hala Tuju ISI 2023 ini antaranya adalah:

  1. Pembentangan dan perbincangan Teras Strategik ISI 2023-2025
  2. Perbincangan Kod Pendidikan Nasional 2020 (NEC2020)
  3. Perbincangan Inisiatif Jaringan Kerjasama ISI

Bengkel bersifat interaktif dan dua hala sepanjang ianya berlangsung. Pelbagai perkongsian idea, pandangan dan pengesahan perancangan bagi setiap unit di ISI telah dibuat bagi memastikan segala  gerak kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.