Malaysia bertekad menjadi negara 20 teratas di dunia dalam bidang ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kreativiti dan inovasi. Untuk menjadi sebuah negara pencipta memerlukan rakyatnya yang mempunyai kemahiran dan penguasaan dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Penurunan minat pelajar-pelajar sekolah untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains telah mencapai tahap yang membimbangkan dengan peratusan terkini dilaporkan adalah di bawah paras 40%. Ini adalah sesuatu yang membimbangkan dan jurangnya terlalu jauh jika ingin dibandingkan dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan lebih banyak kerjaya dalam bidang Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) yakni melebihi 60% daripada pelajar-pelajar di Malaysia terlibat dalam bidang ini.

Untuk meningkatkan peratusan ini, STEM telah diketengahkan sebagai satu agenda negara dan National STEM Movement merupakan jawatankuasa yang terlibat untuk membantu membudayakan STEM masyarakat umum secara amnya dan pelajar sekolah secara khususnya. Antara agenda National STEM Movement adalah untuk bersama-sama universiti untuk mewujudkan kepelbagaian aktiviti supaya masyarakat Malaysia mampu membudayakan STEM dan meningkatkan minat pelajar dan golongan muda terhadap STEM.

USIM telah dipilih sebagai urusetia untuk melaksanakan agenda ini di peringkat Negeri Sembilan dan saya melihat Fakulti Sains & Teknologi merupakan antara fakulti yang mempunyai kapasiti untuk menjayakan program ini.

Sebagai sebuah universiti yang mempunyai falsafah iaitu paduan antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu serta visi yang mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli untuk mentransformasikan dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia segata, USIM dicadangkan untuk melaksanakan STREAM(Sains, Teknologi, Keberagamaan/Keimanan, Kejuruteraan, Kesenian/Kesusateraan dan Matematik)

STREAM adalah gagasan besar yang akan dibawa oleh USIM menongkah arus perdana pendidikan dan pengajian tinggi negara. Gagasan STREAM akan memperbaiki gerakan STEM yang bermula dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang bertitik tolak daripada kegagalan mencapai salah satu penunjuk negara maju melalui Dasar 60:40. STEM tanpa komponen keagamaan dan diniyyah bagi umat Islam pasti gagal melahirkan individu yang benar-benar melaksanakan tugas khalifah di muka bumi. Maka STREAM perlu diketegahkan segera kerana pemetaan tepatnya kepada Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan individu sebagaimana yang gambarkan dalam FPK tersebut.

Sesungguhnya Umat Islam telah disebutkan sebagai umat terbaik (khayra ummah, ummatan wasatan) sepanjang zaman. Ia telah dipertegaskan oleh Allah SWT dalam ayat-ayat al-Quran antaranya seperti yang difirman oleh Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan dan melaksanakan pembudayaan bidang sains, teknologi, nilai-nilai keagamaan, kejuruteraan, kesenian dan matematik (STREAM) diperingkat USIM.
  • Melaksanakan cara terbaik untuk membangunkan modul terbaik STREAM bagi merealisasikan objektif jawatankuasa.
  • Menjalankan aktiviti di universiti, sekolah menengah dan rendah dalam bentuk Mentor-Mentee selaras dengan seruan “National STEM Movement”, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Menerajui generasi muda di Negeri Sembilan ke arah pembangunan Negara selaras dengan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).
  • Memacu USIM dan masyarakat setempat dalam menghadapi Revolusi Industri ke-4 memandangkan kurangnya kesedaran tentang Sains dan Teknologi dalam diri pelajar dan masyarakt masa kini.
  • Mengembangkan minat pelajar dalam bidang STREAM dalam menghasilkan generasi yang berinovasi dan kreatif
  • Bergerak sebagai Duta USIM dalam mempromosikan USIM kepada masyarakat setempat dan tidak terhad dalam Negeri Sembilan sahaja

Jawatankuasa Induk STREAM USIM

Dr. Faszly Rahim

Penyelaras STREAM USIM

Prof. Datin Dr. Sapora Sipon

Pendidikan, Kaunseling

Prof. Dr. Norita Md Norwawi

Sains Islam, STEM

En. Mohd Asri Husain

Unit Perhubungan Awam

En. Ahmad Faiz Ab Aziz

Perekabentuk Multimedia