Jun 7, 2023 – Institut Sains Islam (ISI) telah menerima kunjungan Delegasi dari Universitas Khairun, Ternate. Ketibaan mereka disambut oleh Dekan ISI, Prof. Madya Dr. Mohd Azman Hashim@Ismail bersama pihak pengurusan dan staf ISI yang lain di Serene 1, Rumah Mizan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kehadiran mereka disambut baik dan sesi menandatangani Letter of Intent (LoI) turut berjalan dengan lancar. Pihak Institut Sains Islam (ISI) amat berterima kasih atas kesudian delegasi Universitas Khairun untuk membuat jaringan kerjasama dan berharap agar segala perancangan aktiviti dan program yang bakal dijalankan dapat memberikan hasil dan impak yang positif.