Dis 3, 2022 – Institut Sains Islam (ISI) bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah menganjurkan program “Wonders of Human Body, Tadabbur Quran dan Tafakkur Alam : The Journey from Within” bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Program ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azman Hashim@Ismail, Dekan Institut Sains Islam (ISI) bertempat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), USIM. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah Stesen Interaktif Perubatan dan Sains seperti Know your Heart, Brain Cap, dan Eye reflex dan lain-lain, lawatan ke Muzium Anatomi, Tadabbur al- Quran dan Tafakkur Alam.