November 14, 2022 – Institut Sains Islam (ISI) telah menerima kunjungan 14 Delegasi dari Universitas Khairun, Ternate. Ketibaan mereka disambut oleh Pengarah ISI, Prof. Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib@Taib bersama pihak pengurusan dan staf ISI yang lain.

Antara tujuan lawatan kerja itu adalah pihak Universitas Khairun ingin menyampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan ISI seperti yang tertulis di dalam draf LOI/MOA yang telah diterima pada hari tersebut.

Hasrat mereka disambut baik oleh Pengarah ISI dan seluruh warga ISI dan bersetuju untuk membuat jaringan kerjasama bersama mereka.

Selain itu, delegasi turut diberi taklimat berkaitan pencapaian, aktiviti, status semasa serta perancangan dan hala tuju ISI. Pihak ISI juga amat berterima kasih atas kesudian delegasi Universitas Khairun membuat lawatan ke ISI dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sini pada masa yang akan datang.