25 Februari 2025, Selasa – Program Science4kids : STEM Rising Star telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Cheding, Jenjarom, Selangor. Program ini merupakan anjuran Perintis Youth Club IIUM Chapter dengan kerjasama Sekretariat Sahabat Perintis Youth Usim. Seramai 19 orang pelajar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan 12 orang daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terlibat dalam melaksanakan program ini. Program “SCIENCE4KIDS: STEM Rising Star” ialah program yang direka untuk memperkenalkan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) kepada kanak-kanak yang kurang mendapat liputan di sekolah asli. Inisiatif ini membolehkan kedua-dua kelab memberi impak positif kepada komuniti sambil mengukuhkan ikatan antara universiti.