23 Julai 2025, Rabu – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) bagi memperkukuh jaringan kerjasama akademik serta bertukar pandangan mengenai integrasi ilmu dalam pembangunan Islam.
Delegasi USIM diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd. Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), bersama Prof. Madya Dr. Norfadhilah Mohamad Ali, Dekan Institut Sains Islam (ISI), serta Dato’ Isa Abd. Majid, Felo Kehormat ISI.
Delegasi ISDEV pula diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shahir Akram Hassan, Pengarah ISDEV, bersama Emeritus Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh, Pengarah Pengasas dan Profesor Kehormat ISDEV, Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari, Mantan Dekan ISDEV, serta barisan pensyarah ISDEV.
Pertemuan ini menjadi platform yang bermakna untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan amalan terbaik dalam memperkukuh integrasi ilmu Naqli dan Aqli, di samping meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan pembangunan akademik.
ISI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ISDEV atas layanan mesra serta kesediaan menjadi tuan rumah dalam menjayakan pertemuan yang bermanfaat ini. Semoga hubungan erat antara kedua-dua institusi terus diperkukuh demi memartabatkan kecemerlangan ilmu dan pembangunan Islam.
