20 Februari 2025, Khamis – Bengkel Penyelarasan Penawaran Kursus Falsafah Sains Islam telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar Ibnu Mas’ud (FPQS). Bengkel ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan asas pendidikan Sains Islam kepada pelajar pascasiswazah di USIM. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk menyelaras dan memperhalusi penawaran kursus yang relevan, agar dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada pelajar dalam memahami hubungan antara sains dan falsafah Islam.

ISI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang telah terlibat dalam perbincangan ini. Kehadiran dan sumbangan mereka dalam memperkaya perbincangan serta merancang hala tuju kursus ini amat dihargai. Semoga usaha ini dapat meletakkan asas yang kukuh dan bermakna bagi perkembangan Sains Islam di USIM, serta memberi impak yang positif kepada generasi pelajar pascasiswazah pada masa depan.