11 Mac 2025, Selasa – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan satu sesi perjumpaan rasmi bersama Kumpulan Penyelidikan MyGIFT bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, penerbitan ilmiah dan pembangunan program-program berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli (INAQ).
Perbincangan ini turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa ekosistem penyelidikan Islamik di USIM serta menjajarkan agenda penyelidikan kedua-dua pihak ke arah impak yang lebih meluas kepada masyarakat dan negara.