Oktober 18, 2023 – Institut Sains Islam (ISI) telah mengadakan siri Wacana Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dengan kerjasama Hayrat Malaysia bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Seminar Ibnu Abbas, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Wacana ini disampaikan oleh dua orang panel iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Azman bin Hashim@Ismail, Dekan Institut Sains Islam dan juga Ustaz Sadik OZATA, Presiden Hayrat Malaysia dengan topiknya “Gabungan ilmu Agama dan Sains : Apakah ia suatu keperluan?”

Program yang dijalankan ini berkonsepkan Integrasi ilmu Aqli dan Naqli di mana ia merupakan elemen penting yang perlu dipelajari untuk melahirkan insan yang berwawasan dan berwibawa. Ia juga merupakan satu program yang menarik kepada para pelajar USIM terutamanya kepada pelajar baru bagi memahami serta mendalami falsafah dan agenda Integrasi ilmu Aqli dan Naqli yang dibawa oleh USIM sebagai sebuah universiti Islam.

Dekan ISI menyerahkan cenderahati kepada Presiden Hayrat Malaysia sebagai tanda terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Hayrat Malaysia untuk menjayakan program ini.

Presiden Hayrat Malaysia turut memberikan cenderahati kepada pihak ISI