Nov 22, 2023 – Perjumpaan ini melibatkan pihak pengurusan ISI bersama Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bertempat di Bilik Mesyuarat ISI. Tujuan utama perjumpaan ini memfokuskan kepada Program Sains Islam yang ditawarkan di ISI dengan harapan dapat mendokong pengintegrasian Ilmi Naqli dan Aqli di USIM. Perbincangan ini juga meliputi permohonan kemasukan, maklumat pengajian, standard program, cabaran penawaran program dan promosi program.