November 21, 2023 – Institut Sains Islam (ISI) telah menganjurkan satu Siri Syarahan Sains Islam yang menampilkan Felo Budi ISI, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah dengan syarahan yang bertajuk “Menyantuni dan Mengatasi Cabaran-cabaran Dakwah Negeri di Bawah Bayu”. Program yang dijalankan di Dewan Senat USIM ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari staf dan para pelajar di USIM serta penonton yang menonton menerusi youtube USIM TV dan Facebook ISI. Banyak perkara telah dikongsikan oleh beliau yang boleh dijadikan panduan mahupun pengetahuan kepada para pendengar.