November 14, 2022 – Insitut Sains Islam (ISI) telah mengadakan satu mesyuarat antara Panel Penasihat ISI bersama YBhg. Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM pada 14 November 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Naib Canselor. Mesyuarat ini pertama kali dijalankan setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Bil. 19/2022 yang bersidang pada 21 Jun 2022 untuk menubuhkan Panel Penasihat Institut Sains Islam (ISI) mengikut bidang kepakaran. Sesi pertemuan ini diadakan selama dua jam dan telah dipengerusikan oleh Prof. Ts. Dr. Sharifudin bin Md Shaarani, Naib Canselor USIM bertempat di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.