November 9, 2023 – Satu Bengkel Pemurnian Podcast USIM telah dijalankan di Bangi Resort Hotel dan melibatkan ahli jawatankuasa teknikal dan audio Podcast USIM. Agenda perbincangan dalam bengkel ini termasuklah perancangan dan cadangan penambahbaikan kualiti siri podcast yang akan dikeluarkan di laman web Podcast USIM, platform spotify, Apple Podcast dan Google Podcast. 

Satu penjenamaan baru turut akan dibuat untuk mempromosikan Podcast USIM sebagai salah satu medium untuk menyebarluaskan kefahaman bukan sahaja dalam kalangan pelajar dan staf USIM sahaja tetapi secara menyeluruh kepada orang ramai.