17 hingga 21 Disember 2025 – Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai program “Pemimpin Belia Pengurusan Pembangunan Islam Global untuk Masa Hadapan” anjuran Institute for Social Science Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM).
Program ini telah disertai oleh Ahmad Nabil Mohd Ramzi (PhD Sains Islam), Muhammad Firdaus Mohd Johan (Sarjana Sains Islam), Nabilah Fasihah Ahmad Yusoff (Sarjana Sains Islam) dan Nazifah Binti Ab Halim (PhD Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat), yang mewakili USIM dalam sesi pembangunan kepimpinan belia berteraskan pengurusan pembangunan Islam global.
ISI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah ISDEV, Profesor Madya Dr Shahir Akram Hassan atas penganjuran program serta jemputan penyertaan. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan memberi impak yang besar dalam memperkasa kefahaman, kepimpinan serta jaringan kerjasama dalam kalangan peserta.