6 November 2025, Khamis – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Seminar Siri 2: Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam yang menghimpunkan para pensyarah dan penyelidik bagi membincangkan perkembangan semasa dalam bidang penyelidikan berteraskan Islam.
Seminar ini memberi tumpuan kepada perkembangan kontemporari kaedah penyelidikan berteraskan Islam, kajian sains sosial Islam serta perbincangan mengenai pemikiran dan amalan dalam tradisi Islam yang diintegrasikan dengan pendekatan penyelidikan terkini.
Penganjuran seminar ini menjadi platform perkongsian ilmu dan wacana akademik dalam memperkukuh kefahaman terhadap epistemologi penyelidikan Islam, di samping menggalakkan penerokaan pendekatan yang lebih holistik dalam menghasilkan penyelidikan yang berteraskan nilai-nilai Islam.
Program ini turut mencerminkan komitmen ISI-USIM dan ISDEV-USM dalam memperkukuh jaringan kerjasama akademik serta memartabatkan penyelidikan berteraskan Islam sebagai pendekatan yang relevan dalam menangani cabaran dan isu-isu kontemporari.