6 Disember 2025, Sabtu – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sekretariat Sahabat Perintis Youth (SSPY) dan Kelab Urusetia Reka Bentuk dan Inovasi (UREKA) atas kejayaan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2025.

Penganjuran mesyuarat ini merupakan platform penting dalam memperkukuh tadbir urus organisasi pelajar, di samping merancang hala tuju dan pelaksanaan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada warga mahasiswa.

ISI berharap SSPY dan UREKA akan terus menjadi platform pilihan pelajar yang dinamik dalam menyemai budaya kreativiti, inovasi dan kepimpinan, sekali gus melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, berfikiran kritis serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Semoga kedua-dua kelab terus cemerlang dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi yang selaras dengan aspirasi USIM dalam melahirkan graduan holistik, seimbang dan berteraskan nilai-nilai Islam.