13 Disember 2025, Sabtu – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan program Islamic Science Futures in Advancing Realities 2.0 (ISFAR 2.0) yang menghimpunkan pelajar kursus Introduction to Islamic Science (ISI1012) bagi sesi perbincangan reflektif dan berwawasan masa hadapan.

Penganjuran program ini membuka ruang kepada perbincangan ilmiah yang mendalam mengenai peranan Sains Islam dalam mendepani realiti semasa, di samping menggalakkan pemikiran kritikal dan reflektif dalam kalangan pelajar daripada pelbagai fakulti iaitu FEM, FPBU, FPQS dan FST.

ISI berharap program ini dapat memperkukuh kefahaman pelajar terhadap kesinambungan dan perubahan dalam warisan ilmu umat Islam, serta memperjelas kedudukan epistemologi Islam dalam abad ke-21.

Semoga ISFAR 2.0 terus menjadi platform yang signifikan dalam melahirkan mahasiswa yang berilmu, berdaya fikir tinggi dan berkeupayaan untuk menyumbang secara bermakna kepada pembangunan ilmu dan masyarakat berteraskan nilai Islam.