23 Julai 2025, Rabu – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah Pusat Kajian Pemikiran & Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang (Al-Hady Centre), Dr. Hj. Joohari bin Ariffin, bagi meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan berkaitan peluang penyelidikan, pembangunan akademik serta pengukuhan jaringan kerjasama dalam bidang pemikiran Islam dan ketamadunan.

Al-Hady Centre merupakan sebuah pusat rujukan ilmiah yang berperanan mengangkat pemikiran Islam dan ketamadunan sebagai asas pembangunan masyarakat di Negeri Pulau Pinang. Pusat ini turut menyumbang kepada pembentukan dasar, pengukuhan identiti Islam serta pengembangan wacana intelektual yang menyokong kesejahteraan sosial, ekonomi dan budaya.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen ISI dalam memperluaskan jaringan kolaborasi bersama institusi yang berkepakaran dalam bidang pemikiran Islam, sekali gus memperkukuh usaha pembangunan ilmu, penyelidikan dan perkongsian kepakaran demi manfaat ummah dan negara.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif bersama yang memberi impak kepada pembangunan ilmu dan masyarakat pada masa hadapan.