18–20 September 2025 – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Eco-Campus International Conference 2025 yang berlangsung di IYC Kuala Lumpur sebagai platform memperkukuh jaringan kerjasama bersama rakan strategik dan kolaborator dalam mempromosikan konsep campus as a living eco-lab.
Persidangan ini menekankan kepentingan membentuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar melalui pembangunan pemikiran yang berteraskan Khalifah Mind, iaitu suatu pendekatan yang mengangkat nilai amanah, kepimpinan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah dalam memelihara alam ciptaan Allah SWT.
Penyertaan ISI turut mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh pelaksanaan USIM Maqasid Syariah–ESG–SDG Initiative yang mengintegrasikan prinsip Maqasid Syariah dengan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) ke arah pembangunan kampus yang lestari.
Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik dan pelaksanaan lebih banyak inisiatif yang menyokong pembangunan kampus lestari serta pembudayaan nilai khalifah dalam kalangan warga universiti.
