Institut Sains Islam (ISI) telah mengadakan satu bengkel pada 20 Januari 2025 bertempat di Hotel Sama-Sama, KLIA Sepang. Jemputan bengkel tersebut termasuklah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), mantan-mantan Pengarah dan Dekan ISI serta beberapa jemputan ahli sumbang saran yang lain. Terdapat pelbagai perkongsian idea dan pendapat yang disumbangkan kepada ISI dalam mencapai kemajuan dan keterlihatan sejurus menjadikan ISI sebagai salah satu institut ini sebagai hab inovasi untuk kemajuan sains Islam.