30 September 2025, Selasa – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Mesyuarat Panel Penasihat ISI 2025 yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd. Noor.

Mesyuarat ini turut disertai oleh ahli-ahli Panel Penasihat ISI, iaitu Prof. Dr. Rafidah Hanim Mokhtar (FPSK), Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff (FPQS), Prof. Dr. Irwan Subri (FSU), Prof. Dr. Zurina Shafii (FEM) dan Prof. Dr. Mahazan Abdul Mutalib @ Talib.

Sesi perbincangan menyaksikan perkongsian pandangan dan idea yang bernilai dalam memperkukuh hala tuju pembangunan Sains Islam. Perbincangan turut menekankan kepentingan memposisikan Sains Islam sebagai satu bidang transdisiplin yang mampu menangani isu-isu kontemporari yang semakin kompleks, saling berkait dan bersifat multidimensi.

ISI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Panel Penasihat atas komitmen, pandangan dan cadangan yang dikemukakan. Semoga hasil perbincangan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pembangunan Sains Islam serta memperkukuh peranan ISI sebagai peneraju integrasi ilmu Naqli dan Aqli di peringkat nasional dan antarabangsa.