27 Ogos 2025, Rabu – Institut Sains Islam (ISI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan satu sesi perkongsian ilmiah dalam usaha memperkukuh kefahaman terhadap penyelidikan berteraskan Islam.
Perkongsian ini menekankan bahawa penyelidikan berteraskan Islam bukan sekadar mengkaji sesuatu fenomena, bahkan berlandaskan prinsip tauhid dengan mengangkat peranan manusia sebagai khalifah serta amanah sebagai teras dalam setiap proses penyelidikan dan pembangunan ilmu.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen ISI dan ISDEV dalam memperkasa integrasi ilmu Naqli dan Aqli, di samping membudayakan penyelidikan yang berpaksikan nilai-nilai Islam bagi menghasilkan impak yang menyeluruh kepada masyarakat dan pembangunan ummah.
Semoga kerjasama strategik antara ISI dan ISDEV terus diperkukuh dalam melahirkan lebih banyak inisiatif akademik dan penyelidikan yang menyumbang kepada pembangunan ilmu Islam secara holistik.