14 Jun 2025, Sabtu– Program Islamic Science Futures in Advancing Realities (ISFAR) 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 1,240 pelajar yang mengikuti kursus Introduction to Islamic Science secara hibrid dan dalam talian.
Program ini menekankan kepentingan pemikiran masa depan (futures thinking) dalam memahami kerumitan dunia semasa serta membina daya tahan (resilience) dalam menghadapi cabaran mendatang. Pendekatan ini memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat isu-isu kontemporari dari sudut pandang strategik, kritikal dan berasaskan nilai-nilai Islam.
ISFAR turut menggariskan peranan penting umat Islam dalam mengangkat nilai Islam sebagai kerangka penyelesaian kepada pelbagai isu global semasa dan akan datang—merangkumi aspek kemanusiaan, teknologi, alam sekitar dan etika.
Program ini menunjukkan komitmen tinggi USIM dalam memperkukuh pengajaran berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli secara holistik.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas usaha dan dedikasi dalam memastikan program ini mencapai matlamatnya dalam menyediakan pelajar menghadapi cabaran masa depan.