Julai 10  , 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Stesen Radio Zayan bermula pada jam 11 pagi bertempat di Astro Malaysia Holdings Berhad.

Agenda perbincangan termasuklah cadangan kerjasama strategik antara USIM dan SYOK FM dalam usaha memperkasakan penyebaran kefahaman dan pengalaman kepada orang ramai melalui rakaman podcast dan akan dipromosikan di platform media menerusi pautan “SYOKcast” di laman rasmi serta di aplikasi SYOK selain dari pautan USIM Podcast itu sendiri. Sesi ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib@Taib, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporat) selaku Timbalan Pengerusi Projek Podcast USIM.

Antara Staf USIM yang terlibat dalam Kunjungan Hormat USIM ke Radio Zayan, Astro