Julai 7, 2023 – Bengkel ini merupakan anjuran Institut Sains Islam (ISI) yang telah diadakan di Bilik Fokker, Hotel Sama-Sama, KLIA bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang. Intipati perjumpaan ini terisi dengan perbincangan gerak kerja yang perlu dilakukan berdasarkan pelan strategik USIM dan hala tuju untuk memastikan pengurusan penyelidikan di Institut Sains Islam (ISI) berjalan dengan lancar dan lebih banyak hasil penyelidikan dapat dibuat. Selain itu, teras strategik ISI 2023 juga telah dibentang oleh Dekan ISI iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Azman Hashim@Ismail di hadapan para jemputan termasuklah Felo Budi dan Panel Penasihat ISI untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.
Pihak Institut Sains Islam (ISI) amat menghargai segala tenaga dan masa yang diperuntukkan oleh semua jemputan untuk menghadiri ke bengkel ini.