Mei 27, 2024 – Telah berlangsungnya satu program “Fenomena Istiwa’ A’dzam dan Cara Semakan Arah Kiblat” anjuran Institut Sains Islam (ISI) dengan kerjasama Pusat Islam USIM, Urusetia Reka Cipta & Inovasi (UREKA) dan Sekretariat Sahabat Perintis Youth (SSPY) pada 27 Mei 2024 (Isnin) bermula dari jam 4.00 hingga 6.00 petang bertempat di Perkarangan Pusat Islam USIM.
Program ini diselitkan dengan satu sudut refleksi melalui Kod Jawi berkaitan “Matahari” disulamkan dalam aturcara Program “Istiwa’ A’dzam dan Cara Semakan Arah Kiblat”. Refleksi ini disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip selaku Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Peradaban Jawi Nusantara. Program ini mendapat sambutan yang agak memberansangkan daripada staf dan para pelajar. Adalah diharapkan agar ilmu yang dikongsi dalam program ini dapat diterima dengan baik dan disampaikan kepada orang-orang lain.