Ogos 5, 2024 – Bengkel ini merupakan anjuran Institut Sains Islam (ISI) yang telah diadakan di Bilik Seminar Ibnu Mas’ud, Aras 1, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang. Intipati perjumpaan ini terisi dengan perbincangan gerak kerja yang perlu dilakukan berdasarkan pelan strategik USIM dan hala tuju untuk memastikan pengurusan penyelidikan di Institut Sains Islam (ISI) berjalan dengan lancar dan lebih banyak hasil penyelidikan dapat dibuat. Bengkel ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohamed Isa bin Abdul Majid, Felo Kehormat ISI USIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Tauffik bin Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Panel Penasihat ISI, Felo Bersekutu ISI dan individu yang berkaitan untuk berkongsi buah fikiran, mendapatkan pandangan dan juga nasihat.

Pihak Institut Sains Islam (ISI) amat menghargai segala tenaga dan masa yang diperuntukkan oleh  semua jemputan untuk menghadiri ke bengkel ini.