Jun 20-21, 2024 – Institut Sains Islam (ISI) bersama Felo Kehormat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Centre For Islamic Development Managemnet Studies (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan satu Bengkel Centre Of Excellence (COE) bertempat di Bilik Seminat PTi (Pusat Transformasi Insan), Bangunan Canselori 2 USM.
Terdapat banyak aktivti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti tersebut adalah Syarahan CoE atau Pemfokusan Niche yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohamed Isa bin Abdul Majid, Felo Kehormat ISI USIM, Syarahan INAQ bertajuk “Merealisasikan Kesepaduan Ilmu: Pengalaman ISDEV” yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Syukri Salleh, Mantan Pengarah ISDEV USM, Majlis menandatangani Letter Of Intent (LoI) antara ISI USIM dan ISDEV USM, Lawatan tapak Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajjah Norijah untuk melawat peserta tanah wakaf dan beberapa lagi yang lain.
Program ini berjalan dengan lancar dari awal sehingga ke penghujungnya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan terima kasih diucapkan kepada Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd kerana telah menyumbangkan goodies bag untuk diberikan kepada peserta-peserta asnaf di Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajjah Norijah. Selain itu, adalah diharapkan agar segala maklumat dan ilmu yang diterima sepanjang program dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan pada masa yang akan datang.