Sains Islam adalah disiplin akademik yang baru, yang diwujudkan untuk mengintergasikan nilai-nilai islam dengan sains. Ia adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa ilmu dan sains adalah terikat dengan nilai-nilai, dan merupakan manifestasi dan hasil daripada ideologi tertentu dan falsafah rangka kerja.

Dalam islam, tidak ada percanggahan antara wahyu dengan sains. Malah, entiti-entiti ini adalah harmoni dan bersatu padu dihubungkan bersama-sama dalam rangka kerja epistemologi yang lebih besar, merangkumi hubungan antara manusia dengan Pencipta, alam semesta dan ciptaan-ciptaan.

Melalui pemahaman yang menyeluruh mengenai hierarki dan fungsi setiap entiti, ulama Islam sebelumnya dan ahli-ahli sains telah membangunkan dan meneroka bidang baru yang membawa kepada perkembangan sains dan teknologi untuk manfaat umat manusia secara menyeluruh.

Dalam hal ini, Institut Sains Islam (ISI) merupakan lambang usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memulihkan kehebatan sains dan teknologi umat Islam. Pendekatan yang holistik dan rentas disiplin ke arah Sains Islam bertujuan untuk mengintegrasikan sains dengan pengajian Islam di bawah kerangka al-Quran dan Sunah.

VISI

  • Menjadi pusat rujukan bertaraf antarabangsa dalam bidang Sains Islam untuk pembangunan ummah dan kemanusiaan sejagat.

MISI

  • Bertekad menjadi sebuah Pusat rujukan yang berteraskan Sains Islam menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan bakat dan kepakaran yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat.

FALSAFAH

  • Paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.

TAGLINE

  • Legasi Gerbang Masa Hadapan (Legacy the Future Gateway)

Objektif ISI

  1. Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul dalam bidang Sains Islam.
  2. Mentransformasi penyelidikan ke arah melahirkan Pusat Kecemerlangan (CoE) berteraskan Sains Islam.
  3. Memartabatkan bidang Sains Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan global.
  4. Melahirkan bakat dan kepakaran dalam bidang Sains Islam yang berpotensi tinggi untuk memimpin dan menerajui pembangunan ummah serta kemanusiaan sejagat.
  5. Menyebarluaskan kefahaman Sains Islam merentasi bidang dan tahap pendidikan.

Fungsi ISI

  1. Menjalankan penyelidikan dan penerbitan berkaitan bidang Sains Islam.
  2. Memperkasa Pembudayaan Penyelidikan dalam kalangan Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan
  3. Menyelaras Penyelidikan Pelbagai Bidang/ Rentas Bidang
  4. Menguruskan permohonan geran penyelidikan, menyelaras aktiviti penyelidikan dan memantau pencapaian geran penyelidikan di bawah ISI.
  5. Mempromosi dan memperhubungkan jalinan kerjasama Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan dengan pihak luar.
  6. Menggalakkan Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan di bawah ISI untuk menubuhkan Syarikat Mula.
  7. Menyelaras penganjuran perundingan dan latihan Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan di bawah ISI.
  8. Menawarkan serta menguruskan program Sarjana dan Doktor Falsafah Sains Islam.
  9. Menguruskan penawaran Kursus Sains Islam.
  10. Menguruskan program, wacana dan latihan Sains Islam.
  11. Menguruskan program dan aktiviti persatuan pelajar di bawah ISI yang berkaitan dengan reka cipta, inovasi dan Sains Islam.
  12. Menguruskan penerbitan Sains Islam di bawah ISI dan penyelidikan Kluster/Unit/Pusat Penyelidikan.
  13. Melaksanakan program-program untuk penjanaan dana ISI.
  14. Menyelaras permohonan dan pengurusan dana berbentuk endowmen/ wakaf/ zakat/ geran/ sumbangan di bawah ISI.