Penerbitan

 

SAINS ISLAM ~ SUATU KONSEPSI BAHARU TERHADAP HUBUNGAN SAINS DAN AGAMA

Buku Sains Islam

Penulis: Mohamad Nasrin Nasir & Malki Ahmad Nasir

Buku ini membicarakan beberapa idea asas khususnya tentang hubungan antara Sains dan Agama, khususnya agama Islam. Penerbitan buku ini adalah usaha untuk menyumbang ke arah perbincangan dalam bidang tersebut. Dalam kehebatan perkembangan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang, ramai kalangan pelajar dan orang awam yang menjadikan sains sebagai bidang utama dalam kehidupan mereka. Malah ada yang mengatakan sains telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah sehinggakan agama tidak diperlukan lagi. Diharapkan kupasan dalam buku ini dapat menyumbang ke arah perbincangan tentang idea Sains Islam di USIM dan di institusi pengajian tinggi yang lain.

myBookstore USIM

 

TERAPI DIRI RISALE - I NUR: Pengisian Jiwa Berteraskan Wawasan Al-Quran & Sunah

Penulis: Muhammad Widus Sempo

Terapi Diri Risale-I Nur ini menceritakan kekuatan tauhid dan hakikat-hakikat Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Sunah yang disusun kemas oleh Bediuzzaman Said Nursi dalam karya agungnya Risale-I Nur. Buku ini ialah hasil koleksi syarahan yang disampaikan dalam wacana bersiri Terapi Diri Risale-I Nur anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Institut Sains Islam (ISI), USIM. Ringkasnya, buku ini mampu membawa perubahan diri kepada sesiapa yang ingin mengubati jiwa yang kosong dan jauh daripada nilai-nilai tauhid ataupun keimanan. Justeru, kandungan buku ini sememangnya mampu menjadi terapi dalam merawat penyakit-penyakit jiwa.

myBookstore USIM

 

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.