21 Mac 2025, Jumaat– Institut Sains Islam (ISI), USIM telah menganjurkan Prabengkel Modul Kursus Latihan Penulisan Sains Islam yang melibatkan penyertaan aktif daripada barisan Felo Bersekutu ISI. Bengkel ini bertujuan untuk merangka struktur asas modul kursus yang akan digunakan dalam latihan penulisan berteraskan pendekatan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
Perbincangan prabengkel ini turut membuka ruang pertukaran pandangan dan penambahbaikan berasaskan pengalaman penyelidikan serta kepakaran pelbagai disiplin yang dimiliki oleh para felo, demi memperkukuh wacana penulisan ilmiah Islam kontemporari.