17 Jun 2025, Selasa – Institut Sains Islam (ISI) telah menganjurkan sesi Meet and Greet bersama Unit Akademik dan pelajar-pelajar program Master serta PhD Sains Islam. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan serta memperkukuh komunikasi antara pihak akademik dan pelajar pascasiswazah.
Melalui sesi santai ini, para pelajar berpeluang berkongsi pengalaman pembelajaran, cabaran serta aspirasi mereka secara langsung dengan wakil Unit Akademik. Selain itu, ia menjadi platform untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan akademik, penyelidikan dan pembangunan profesional dalam bidang Sains Islam.
Program ini diharap dapat memperkukuh jaringan dan membina suasana akademik yang kondusif serta menyokong kejayaan pelajar dalam pengajian dan penyelidikan mereka di ISI.