20 Februari 2025, Khamis – Keteguhan (al-ṣumūd) rakyat Palestin terus menjadi simbol penentangan yang berprinsip dan mendalam—berlandaskan aktivisme berteraskan keimanan serta tekad untuk meneruskan kehidupan di tengah-tengah ketidaktentuan dan penindasan berpanjangan.

Program “The Future of Palestine” yang dianjurkan baru-baru ini membuka ruang wacana ilmiah berkaitan isu Palestin dari sudut keadilan, kemanusiaan dan cabaran geopolitik semasa. Masyarakat antarabangsa diseru untuk menolak sebarang bentuk normalisasi terhadap sistem apartheid serta kekejaman yang berlaku, dan pada masa sama menuntut agar pertanggungjawaban terhadap kezaliman dilaksanakan secara adil dan menyeluruh—tanpa sebarang pengecualian. Inilah jalan ke hadapan dalam memperjuangkan hak dan maruah rakyat Palestin.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan atas kesudian merasmikan dan menyampaikan ucaptama program ini. Turut hadir sebagai panel jemputan ialah Profesor Mustapha Sheikh dan Profesor Salman Sayyid daripada Iqbal Centre for Critical Muslim Thought, University of Leeds, United Kingdom, serta Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Shaarani.

Pengisian program telah memberi impak yang signifikan dalam menyemarakkan kesedaran dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin, selain mengukuhkan peranan institusi pendidikan tinggi dalam mengangkat wacana keadilan global.

May be an image of 1 person, dais and textMay be an image of 6 people and daisMay be an image of 3 people, dais and text