Siri 4 : Terapi Diri Menjiwai Quran

Siri keempat: Terapi Diri Menjiwai al-Quran

Dalam syarahannya, Dr. Muhammad Widus Sempo menyatakan bahawa Said Nursi berjuang dengan al-Quran untuk kemenangan al-Quran itu sendiri. Al-Quran menjadi teras projek islah  beliau yang bersifat menyeluruh dalam menambah baik penerapan nilai-nilai agama dan ketamadunan Islam. Said Nursi menyatakan projek ukhrawi ini dengan “mentauhidkan kiblat.” Maksudnya, mengembalikan semula kedudukan Al-Quran sebagai rujukan asal sejagat pada semua aspek kehidupan. Said Nursi bukan hanya mentafsirkan Al-Quran, tetapi merasai, menjiwai dan mendalami maknanya, sehingga keindahan Al-Quran terserlah seperti kilauan intan di kegelapan. Disebabkan amat dekat dengan Al-Quran, gaya khitab penulisan Said Nursi dalam Rasail Nur amat dipengaruhi oleh gaya bahasa al-Quran. Inilah berkah Al-Quran bagi yang memberikan hidupnya untuk Al-Quran.

Said Nursi mendefiniskan Al-Quran dalam arti yang menyeluruh yang mengandungi sifat-sifat al-Quran, matlamat, kandungan, ilmu-ilmunya dan seperti apa sikap manusia terhadap al-Quran itu sendiri, definisi Al-Quran yang dikongsikan berbeza dengan takrif majoriti pakar-pakar ilmu-ilmu Al-Quran.

Beliau berkata:

“Al-Quran adalah terjemah azali kitab makro makhluk hidup. penerjemah abadi lisan-lisannya yang sentiasa mentilawah ayat-ayat penciptaan.. pentafsir kitab alam gaib dan alam syahadah.. pemberi terang khazanah-khazanah terselubung dari pelbagai nama ilahi yang tersembunyi di balik sahifah-sahifah langit dan bumi.. kunci pelbagai hakikat perkara-perkara tersembunyi yang tertulis di pelbagai peristiwa.. lidah alam gaib dan alam syahadah.. perbendaharaan khitab-khitab azali ilahi dan rahmat abadi ilahi yang sedia ada di alam gaib yang tertutup di balik tabir alam syahadat ini.. matahari alam maknawi Islam, asas dan juruteranya.. peta suci alam-alam ukhrawi.. kata penghurai, tafsir penjelas, dalil kuat dan terjemah cemerlang terhadap zat Allah, pelbagai sifat, nama dan perkara-perkaraNya.. murabbi alam kemanusiaan.. dia seperti air dan cahaya bagi manusia makro yang ianya adalah Islam.. Dia adalah hikmah hakiki bagi spesies manusia.. mursyid sang pemberi petunjuk kepada apa yang boleh menghantar manusia dalam menggapai kebahagiaan.. ia datang untuk manusia.. sebagaimana ia adalah kitab syariat, ia pun kitab hikmah..  seperti ia adalah kitab doa dan ubudiyyah, ianya pun kita perintah dan dakwah.. seperti ia adalah kitab zikir, ianya pun kitab pemikiran.. dia adalah kitab satu-satunya yang menghimpun semua kitab yang memenuhi semua hajat maknawi manusia, sehingga menampakkan kepada para wali, siddiq, arif dan para ahli tahkik risalah yang bersesuaian dengan corak hidup mereka yang boleh memberikan pencerahan. Oleh itu, ia adalah kitab samawi yang mirip dengan perpustakan suci yang dipenuhi kitab-kitab.”

Di akhir pembentangan, Dr. Muhammad Widus Sempo merumuskan:

  • Metod Said Nursi “mentauhidkan kiblat” adalah menjadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dan pedoman hidup dalam menambah baik penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
  • Untuk memetik hikmah-hikmah al-Quran diperlukan penjiwaan tulus yang meletakkan al-Quran sebagai kalamullah yang memiliki keistimewaan khas yang tidak dimiliki kalimat-kalimat lain, meskipun mereka adalah bahagian dari kalimat-kalimat Allah s.w.t..
  • Disebabkan Said Nursi berpegang kepada Al-Quran dalam perjuangannya, Allah s.w.t. takdirkan dia menang dalam perjuangan tersebut.

 

 

 

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.