Siri Syarahan Sains Islam Bil 6/2017

 

Sebagai sebuah institusi penyelidikan sains Islam yang menyahut seruan untuk mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli, Institut Sains Islam (ISI) telah menganjurkan Siri Syarahan Sains Islam 2017 buat kali ke 6 di Dewan Kuliah 2, Pusat Pengajian Teras, USIM

Siri Syarahan Sains Islam pada kali ini telah disampaikan oleh Dr. Saiful Bahri, Pensyarah dari Universiti Muhammadiyah Jakarta dengan tajuk syarahan beliau iaitu " Waktu dari perspektif Al-Quran dan kaitan dengan revolusi industri ke-4" yang membincangkan tentang peranan sebagai seorang Muslim dalam menghadapi perkembangan arus moden yang pesat membanggun dengan mengikuti garis panduan yang disyariatkan dalam Al-Quran dan Sunnah agar tidak melampaui batas dalam mengikuti perkembangan arus modenisasi.

Siri kali ini telah dihadiri lebih kurang sebanyak 80 orang peserta yang terdiri dari pelajar Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Fakulti Sains Teknologi (FST) . Program ini juga turut sama telah dihadiri oleh kakitangan dan pensyarah USIM yang lain. Majlis dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, dan bacaan doa oleh Timbalan pengarah ISI, Dr Widus Sempo. 

Institut Sains Islam berharap agar program ini boleh menjadi satu landasan untuk membincangkan isu-isu sains Islam dan menjadi asas kepada nic bidang universiti.

 

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.