Siri Syarahan Sains Islam Bil.1/2015

SSSI 1 

 

Syarahan yang berlangsung kira-kira 2 jam ini telah dihadiri oleh para pensyarah, kakitangan pentadbiran dan pelajar USIM. Y.Bhg. Prof. Dr. Zainiy Uthman, Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban(CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merupakan seorang pakar dalam bidang Sains Islam telah menyampaikan syarahan yang bertajuk “Sejarah Ilmu dan Sains Dalam Islam”. Syarahan ilmiah ini berkisar tentang sejarah perkembangan ilmu dan sains sebelum dan selepas kedatangan Islam.

SSSI 2

Beliau menegaskan bahawa perkembangan ilmu dan sains amat berkait rapat dengan perkembangan Islam. Sains semakin berkembang apabila tersebarnya Islam dengan meluas ke seluruh dunia, kerana terdapat banyak ilmu dalam al-Quran, al-Hadis dan manuskrip yang boleh diaplikasi pada ketika itu. Semasa “Zaman Gelap” di Eropah, ilmu dan sains yang dikuasai oleh orang Islam pada waktu itu telah digunakan dan ditambahbaik oleh pemikir di Eropah dan kini mereka mendahului dalam bidang ilmu dan sains.

Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam dalam ilmu dan sains, beliau berpendapat bahawa umat Islam perlu melihat dan mengkaji kembali sejarah ilmu dan sains dalam Islam, kerana pemikir dan ilmuan pada zaman dahulu telah berjaya mendahului negara-negara barat dalam ilmu dan sains. Selain itu, amat penting bagi umat Islam untuk menguasai beberapa bahasa asing seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Greek.

 

 

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.