Siri Syarahan Sains Islam Bil.1/2013

SIRI PERTAMA SYARAHAN SAINS ISLAM

 

NILAI – 18 September 2013. Sebagai sebuah institusi penyelidikan sains Islam yang menyahut seruan untuk mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli, Institut Sains Islam (ISI) telah menganjur Siri Syarahan Sains Islam 2013 yang pertama pada 18 September 2013 di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

 

Syarahan tersebut telah disampaikan oleh Y. Bhg. Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud, Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), yang bertajuk “Islamization of Contemporary Knowledge and the Role of the University in the Counter of De-Westernization and Decolonization”. Syarahan ini turut dihadiri Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor (USIM) dan warga akademik USIM. Objektif siri syarahan ini diadakan adalah untuk meneroka, membincangkan dan berkongsi isu-isu sains Islam bersama warga USIM.

 

Institut Sains Islam (ISI) akan menganjurkan siri syarahan yang seterusnya pada 23 Oktober, 20 November dan 18 Disember 2013. Dengan penganjuran siri syarahan ini, Institut Sains Islam berharap agar program ini boleh menjadi satu landasan untuk membincangkan isu-isu sains Islam dan menjadi asas kepada nic bidang universiti.

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.