Siri Ke-2 : Kekuatan Tauhid Al-Fatihah

Siri Kedua : Kekuatan Tauhid Al-Fatihah

12 Februari 2016 (Jumaat)

10:30 Pagi          

Bilik Mesyuarat Utama, FPQS  

Dalam syarahan kedua ini, pembentang, Dr. Muhammad Widus Sempo menghurai tiga kandungan asas al-Fatihah, iaitu Aqidah, ibadah dan metod hidup. Selain itu, ia mengurai rahsia huruf nun (ن)  pada (نعبد) yang datang dalam bentuk jamak (plural) yang sememangnya mengisyaratkan tiga makna: pertama: makna jamak yang ada pada نعبد mengisyaratkan pentingnya shalat berjamaah. Kedua: mengisyaratkan bahawa bukan hanya fisik tubuh kita yang memerlukan ibadah, tetapi semua komponen tubuh sama ada nampak mahupun yang tidak nampak dari perasaan, minda, hati, jiwa, pendengaran dan penglihatan dilibatsamakan dalam ibadah tersebut secara maknawi. Selanjutnya, ia Mendedahkan kelebihan dan keistimewaan Surah al-Fatihah menerusi riwayat-riwayat Shahih yang sedia ada.

 

Video >>>

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.