Siri 1 : Biografi Bediuzzaman Said Nursi dan Karya Agung, “Rasail al-Nur”

Siri Pertama: Biografi Said Nursi

Dalam syarahannya, Dr. Muhammad Widus Sempo menghurai tiga fasa kehidupan Said Nursi:

Fasa pertama: Said Lama

Fasa ini bermula sejak beliau lahir pada tahun 1877 M hingga tahun 1921 M. Said Nursi dalam jubah Said Lama melakoni banyak peran. Oleh itu, sama ada ia dilihat sebagai revolusioner, reformis pendidikan, cendekiawan muslim, ataupun sebagai patriot, intipati perjuangannya adalah memperkasakan ajaran-ajaran Al-Quran dan Sunnah dalam pelbagai aspek kehidupan dan mengukuhkan penerapan syariat Islam dalam dustur negara.

Fasa kedua: Said Baharu

Fasa ini bermula sejak Said Nursi berhasil melepaskan diri dari pengasingan di Rusia dan diangkat sebagai salah satu anggota Darul Hikmetil Islamiye pada tahun 1919 M.

Intipati perjuagan Said Nursi dalam fasa ini adalah membuktikan keunggulan tamadun Al-Quran yang boleh menjamin kebahagiaan dunia-akhirat seluruh umat Islam, sama ada bersifat individual mahupun secara berkelompok. Perjuangan tersebut menemukan banyak kekangan yang datang dari kekakangan pihak pemerintah Turki Moden serta pengaruh ateis yang tengah masuk ke dalam masyarakat Islam Turki ketika itu. Oleh itu, Said Nursi banyak terlibat dalam debat sengit dengan pihak-pihak yang memiliki kefahaman sekuler yang anti Islam di era pemerintahan parti Republik di bawah pimpinan Kemal Ataturk.

Fasa Ketiga: Said Ketiga (1950-1960)

Metod dakwah Rasail Nur pada fasa ini adalah Jihad Maknawi (Manevi Jihad). Maksudnya, berjuang menentang kezaliman pihak pemerintah yang berkuasa dengan jihad moral atau jihad berdakwah. Ini dimaksudkan untuk mengukuhkan keimanan masyarkat Islam ketika itu dan secara khas orang-orang yang duduk dalam parti Demokrat. Selain itu, matlamat perjuangan ini adalah mewujudkan kedamaian dan ketenteraman sosial serta memperkuat persaudaraan antara sesama muslim.

Jihad ini terhitung berhasil dan amat menggembirakan. Pada tahun 1950 azan dikembalikan kepada bentuk aslinya sesuai dengan syariat Islam sesudah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki.

Kerana itu, Said Nursi banyak mendapat pujian dari pelbagai kalangan masyarakat, termasuk Presidn Turki, R. Tayyib Erdogan yang berkata, “Badiuzzaman Said Nursi hidup seperti apa yang difikirkan dan diyakininya. Dia tidak pernah tunduk pada kezaliman dan tidak pernah merasa takut. Beliau melewati hidupnya di penjara dan pengasingan. Banyak kali beliau lolos dari gerbang kematian namun beliau sama sekali tak terkalahkan. Tanpa keraguan, Nursi adalah teladan baik yang telah memperjuangkan dakwah Islam. Said Nursi adalah harta karun yang menunggu untuk ditemukan.” 

Di akhir pembentangan, penceramah menarik kesimpulan dari keberhasilan perjuangan dakwah Said Nursi seperti berikut:

  • Perjuangan Said Nursi tidak mengenal konfrontasi, lemah lembut dan tidak keras.
  • Punya generasi pejuang yang melanjutkan perjuagan dakwah Rasail Nur setelah Said Nursi sendiri wafat.
  • Bukan hanya menyentuh minda, tetapi kalbu pun ikut tersentuh. Itu kerana khitab Rasail Nur banyak dipengaruhi oleh gaya khitab Al-Quran.
  • Tidak mengengal ustadsiyah. Maksudnya, karya Said Nursi, Rasail Nur adalah guru. Said Nursi hanyalah media yang Allah s.w.t. utus untuk menunjukkan hakikat-hakikat Al-Quran dan Sunnah kepada umat dalam Rasail Nur.

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.