Siri 3 : Terapi Diri Dengan Asmaul Husna

Siri ketiga: Terapi Diri Dengan Kekuatan Iman Tahqiqi

Dalam syarahannya, Dr. Muhammad Widus menyatakan bahawa alam semesta dan seluruh isinya kelihatan seperti lukisan-lukisan indah yang mencerminkan makna- Asmaul Husna. Semua komponen alam berkait rapat dengan Asmaul Husna. Oleh itu, alam semesta nampak akrab, indah dan bersahabat. Pendekatan ini lebih dikenal dengan tafsir tajalliyāt Asmaul Husna, iaitu mencuba menangkap makna setiap nama dari Asmaul Husna dari setiap makhluk Allah sw.t.. Oleh itu, alam bagi Said Nursi mestilah dilihat sebagai benda yang luar biasa dan punya khazanah hikmah yang agung. Selain itu, alam mestilah difahami sebagai makhluk yang datang bukan untuk dirinya sendiri, tetapi ia tercipta untuk menjadi cermin manifestasi Asmaul Husna.

Bagi Said Nursi, jumlah bilangan Asmaul Husna tidak terhad. Setiap nama dari Asmaul Husna punya peluang yang sama untuk menjadi al-Ismu al-A’dzam (nama Allah yang paling agung).

­Al-Ismu  al-Adzam bagi Said Nursi adalah al-Hayyu (الحي), Allah yang maha hidup yang memberi kurnia kehidupan kepada semua makhluk. Al-Qayyum (القيوم), Allah yang maha sempurna. Dia tidak memerlukan sesiapa pun untuk membantunya dalam mentadbir dunia dan isinya. Semua makhluk bergantung kepadaNya. Namun Dia tidak bergantung kepada sesiapa makhluk. Al-Fard (الفرد), Allah yang maha tunggal yang menghimpun semua makhluk dari pelbagai jenis dalam satu kumpulan yang saling memerlukan. Al-hakam (الحكم), Allah yang maha bijak yang memberi setiap makhluk apa yang layak dimilikinya yang sememangnya itu amat diperlukan oleh mereka dari aturan hidup dan keharmonian antara sesama sama ada kehidupan berkelompok atau berasingan. Al-adl (العدل), Allah yang maha adil yang mentadbir semua entiti kehidupan dalam urus setia yang berkekalan dengan mizan yang sempurna dan adil. Andaikata al-adl tidak memiliki wujud nyata, dunia ini pastinya kacau-balau. Al-Quddus (القدوس), Allah yang maha suci yang menciptakan makhluk dalam keadaan suci dan bersih, indah dan menarik. Selain itu, Ar-Rahman Ar-Rahim (الرحمن الرحيم), Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyanyang.

Berikut ini­al-Ismu  al-Adzam yang sering dipanjatkan Said Nursi dalam doanya:

(بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحيمِ، يا الله، يا رحمن، يا رحيم، يا فرد، يا حي، يا قيوم، يا حكم، يا عدل. يا قدوس. بحق الاسم الاعظم وبحرمة القرآن المعجز البيان وبكرامة الرسول الاعظم e، ادخل الذين قاموا بطبع هذه المجموعة ومعاونيهم الميامين جنة الفردوس والسعادة الابدية..آمين.

ووفّقهم في خدمة الايمان والقرآن دوماً وأبداً.. آمين .

واكتب في صحيفة حسناتهم ألف حسنة لكل حرف من حروف كتاب "اللمعات".. آمين.

وأحســن الـيهـم الــثبات والـدوام والإخـلاص فـي نشر "رسائل النور.". آمين)

“Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang, ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Fard, ya Hayyun, ya Qayyum, ya Hakamun, ya Adlun, ya Quddus. Dengan al-ismu al-a’dsam, dengan kemuliaan al-Quran yang merupakan mukjizat yang paling terang, dengan darjat kemuliaan Rasulullah s.a.w., masukkanlah ke dalam surga Firdaus dan kurniakanlah kebahagiaan abadi orang-orang yang mencetak Rasail Nur dan sesiapa yang membantu mereka.. amin.

Kurniakanlah taufik kepada mereka dalam khidmat keimanan dan al-Quran selama-lamanya.. amin.

Tulislah di kitab amal mereka seribu kebaikan bagi setiap huruf dari huruf-huruf kitab al-Lamaāt.. amin.

Anugerahi mereka keteguhan hati, kesinambungan dan keikhlasan dalam menyebarkan Rasail Nur.. amin.”

Di akhir pembentangan, penceramah merumuskan:

  • Kefahaman yang baik kepada makna-makna Asmaul Husna merupakan jambatan tercepat mengaitkan diri kepada Allah s.w.t..
  • Ilmu yang dikaitkan dengan Asmaul Husna akan menjadi perangkat ukhrawi dalam mengenal Allah s.w.t. (ma’rifatullah) yang memperlihatkan sifat-sifat uluhiyah dan rububiyah Allah s.w.t. yang maha mutlak.

 

 

 

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.