Siri 8 : Terapi Diri Dengan Keikhlasan

Dalam syarahannya, Dr. Muhammad Widus Sempo menyatakan bahawa ikhlas adalah kunci utama daripada keberhasilan dakwah Rasail Nur selama ini dalam memberi kefahaman yang baik kepada masyarakat Islam tentang hakikat-hakikat tauhid.

Selain itu, pembentang melihat aspek-aspek penerapan ikhlas dalam kehidupan harian seperti yang dinyatakan oleh Said Nursi. Di antara aspek-aspek tersebut adalah aspek ibadah, suluk (menita jalan menuju Allah), dan aspek sosial.

Dalam aspek ibadah, Said Nursi berkata, “Keikhlasan dalam beribadah akan tercapai jika kita menegakkan sesuatu ibadah kerana ianya diperintahkan. Meskipun setiap perintah memiliki hikmah yang sememangya adalah illat (sebab) dari adanya kepatuhan, tetapi keikhlasan menghendaki illat itu adalah perintah. Jika hikmah dijadikan sebab, maka ibadah itu batal, namun jika ia hanya sekedar penguat, maka ianya boleh.”

Dalam aspek suluk (meniti jalan menuju Allah), Said Nursi menyatakan bahawa keramat (karamah; jawi) dan ilmu-ilmu makrifat ketuhanan bukanlah matlamat suluk. Namun ianya adalah kurnia ilahi. Sesiapa yang meniti jalan menuju Allah hanya kerana mengharap kurni semacam ini, maka ianya akan terpesong dan tersasar jauh dari hakikat suluk. Itu kerana ia sendiri yang merusak ikhlas. Sebab itulah, amalan-amalan ukhrawi sepatutnya tidak dicemari dengan matlamat-matlamat duniawi.

Dalam aspek sosial, sepatutnya seorang muslim boleh menguasai egonya sehingga ianya tidak menjadi sebab dari adanya perpecahan dan pertikaian di antara sesama saudara muslim. Tidak ada lagi jalan bagi manusia untuk melumpuhkan ego mereka kecuali dengan keikhlasan. Berikut ini tips-tips Said Nursi dalam menghindari permusuhan antara sesama saudara:

1. Kerja positif yang membangun, iaitu bekerja berdasar­kan kecenderungan masing-masing tanpa berpikir un­tuk memusuhi orang lain dan meremehkannya. Dengan kata lain, seorang mukmin hendaknya tidak sibuk me­mikirkan orang lain.

2. Mencari berbagai ikatan persatuan yang dapat mengikat pelbagai aliran dalam tubuh umat Islam—apa pun ben­tuknya—di mana ikatan itu menjadi sumber cinta kasih serta wasilah persaudaraan dan kesefahaman di antara pelbagai aliran hingga akhirnya mereka bersatu.

3. Menjadikan prinsip keadilan sebagai petunjuk dan pe­doman. Maksudnya, setiap orang yang menempuh jalan (dakwah) yang benar berhak mengatakan, “Sesung­guhnya jalanku benar, lebih utama, dan lebih bagus,” tanpa mencampuri manhaj orang lain. Namun, ia tidak boleh mengatakan, “Yang benar hanyalah jalan yang aku ­tempuh,” atau “Sesungguhnya kebaikan dan keindahan hanya terdapat pada manhajku,” yang mengisyaratkan kekeliruan manhaj yang ditempuh oleh orang lain.

4. Menyadari bahawa bersatu dengan ahlul haq adalah salah satu cara untuk meraih keberhasilan (taufik Ilahi) dan salah satu sumber kemuliaan Islam.

5. Harus dipahami bahwa ketika kelompok yang sesat dan batil secara kolektif menyerang kelompok ahlul haq, pertahanan yang paling kuat adalah persatuan di antara sesama ahlul haq. Juga harus disedari bahawa sekuat apa pun pertahanan yang bersifat peribadi, pasti akan kalah oleh serangan yang ditadbir dengan baik dan rapi dari kaum sesat.

6. Menjaga kebenaran dari serangan kebatilan

7. Meninggalkan keinginan nafsu dan sifat egois.              

8. Meninggalkan sesuatu yang secara salah dianggap sebagai kemuliaan dan harga diri.

9. Meninggalkan perkara-perkara yang tidak penting yang boleh memicu iri hati dan dan persaingan.

Di akhir pembentangan Dr. Muhammad Widus Sempo menarik kesimpulan:

[1]    Ikhlas adalah kunci keberhasilan dakwah Rasail Nur yang dikenal luas oleh umat Islam di pelbagai belahan dunia.

[2]    Ego yang merupakan bidang pertikaian dan permusuhan hanya boleh dimatikan dengan keikhlasan.

[3]    Dengan ikhlas, kita sedia mengutamakan maslahat besar jamaah daripada maslahat peribadi kita.

 

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.