Siri 6 : Terapi Diri Tafakkur Alam Semesta

Siri keenam: Terapi Diri Tafakkur Alam Semesta

Dalam syarahannya, Dr. Muhammad Widus Sempo menjelaskan bahawa hakikat-hakikat Syariat Islam dan hikmah-hikmah kehidupan yang didedahkan Rasail Nur datang dari tafakkur alam semesta. Dengan tafakkur, akal mendapatkan pencerahan, hati terasa luas seluas alam semesta dalam menangkap makna-makna rabbani yang diilhamkan. Dengan tafakkur, sensitiviti indera dan perasaan manusia bertambah kuat dalam membaca pesan-pesan rabbani yang terukir di lipatan-lipatan sahifah alam yang sememangnya dilihat Said Nursi sebagai kitab makro. Dengan tafakkur, semua benda nampak akrab dan ajaib yang memerlukan tafsiran dan kupasan dari orang-orang yang menjalani tafakkur. Sebab itulah, amat perlu mengkaji secara mendalam wacana tafakkur versi Rasail Nur dalam menghidupkan balik akal dan hati yang kadang lalai oleh kesibukan-kesibukan duniawi yang memfitnah.

Berdasarkan ayat 53 Surah Fusshilat, Said Nursi membahagi zon tafakkur ke dalam dua zon besar, iaitu tafakkur afaki dan tafakkur anfusi.

                Zon pertama adalah zon rububiyah yang menampakkan adanya keindahan dan keteraturan.

Papan senarai (list board) zon mensenaraikan nama-nama makhluk hidup yang tercipta dengan sempurna dan memiliki keseimbangan.

Zon kedua adalah zon ubudiyah (kehambaan) yang menampakkan makhluk hidup dalam keadaan yang taat dan istiqamah.

Papan senarai (list board) zon ini menampilkan keindahan ibadah setiap makhluk hidup, keimanan dan kesyukuran mereka dalam makna yang universal.

Di akhir pembentangan, penceramah merumuskan:

  • Orang yang bertafakkur hatinya sentiasa merasakan kedamaian dan ketenangan jiwa seluas objek tafakkur yang terbentang luas di alam semesta.
  • Semua komponen alam memiliki nilai mulia dalam kaca mata tafakkur meski ianya adalah seekor semut kecil.
  • Darjat ketauhidan tafakkur afaqi adalah ilmu al-yakin, sementara darjat ketauhidan tafakkur anfusi adalah ain al-yakin.

 

 

 

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.