Diskusi Duha 26 Januari 2018

Diskusi Duha pada kali ini telah disampaikan oleh En. Mohd Azmi bin Mohd Razif, Pelajar Doktor Falsafah Sains Islam, Institut Sains Islam dengan tajuk " Bakat Sahabat-Sahabat Rasulullah s.a.w dan bagaimana baginda memupuknya". Diskusi ini dihadiri oleh kakitangan USIM. Diskusi yang disampaikan membincangkan tentang 2 orang sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Zaid bin Thabit dan Khalid Al-Walid dimana Nabi menggalakkan mereka berdua cemerlang di dalam bidang masing-masing. Zaid bertugas sebagai penulis Al-Quran, hal ehwal surat menyurat dan Khalid Al-Walid pula di dalam bidang peperangan sebagai panglima perang. Ibrah daripada diskusi ini ialah, sebagai ahli keluarga mestilah menyokong dan mendorong ahli keluarga yang lain atau sahabat supaya cemerlang dan mahir di dalam bidang masing-masing.

VIDEO

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.