Diskusi Duha 2 Mac 2018

 

Diskusi Duha pada kali ini telah disampaikan oleh En Mohd Azmi b. Mohd Razif, Pelajar Doktor Falsafah Sains Islam, Institut Sains Islam dengan tajuk "Al Ma'arij (Pintu-pintu Langit) : Titik Pertemuan Antara Teori Saintifik Einstein-Rosen Bridge dan Tafsiran Ulama Turath Islam". Diskusi ini dihadiri oleh kakitangan dan juga pelajar USIM. Diskusi yang disampaikan membincangkan tentang antara ciptaan Allah yang dahsyat iaitu Al Ma'arij yang bermaksud pintu-pintu langit. Diskusi ini juga membincangkan tentang teori relativiti dari sudut pandang Sains Islam dan juga perspektif Sains Moden. Penceramah juga mengaitkan teori relativiti dengan Isra' Mikraj. Diharap semua pendengar dapat mengambil manfaat daripada ilmu yang disampaikan.

VIDEO

INSTITUT SAINS ISLAM (ISI)
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6675/6676, Faks: +606-798 6677, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.